Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) menerusi Jawatankuasa Mengeluarkan Wang Zakat pagi tadi menyerahkan bantuan kewangan berupa Yuran Pengajian di Kolej Pengajian Siswazah Antarabangsa (IGS) kepada salah seorang penuntut yang sedang mengikuti pengajian Pre-National Diploma dalam Pengajian Komputer (Computer Studies) di kolej berkenaan.
Majlis Penyerahan Bantuan Kewangan Yuran Program Pengajian berjumlah BND4,630 disempurnakan oleh Pemangku Setiausaha MUIB, Awang Haji Abdul Wahab bin Haji Sapar kepada Dayang Norhashimah binti Haji Abdul Kadir, berlangsung di kolej tersebut, di sini.
Juga hadir di majlis tersebut, Pengerusi Kolej IGS, Pengiran Hajah Fatimah binti PSJ Pengiran Haji Abdul Momin dan Ahli-ahli Lembaga Pengerusi IGS serta pegawai-pegawai dari MUIB.
Bantuan yang diambil dari Kumpulan Wang Zakat MUIB itu merupakan sebahagian usaha untuk memberi bantuan pendidikan kepada mereka yang berhak menerima wang zakat selain untuk meningkatkan taraf hidup mereka serta mengambil berat keperluan anak-anak mereka supaya tidak terabai dan tercicir dalam pengajian dan persekolahan.
Ayah beliau, Awang Haji Abdul Kadir bin Mohamed yang turut hadir di majlis tersebut melahirkan ucapan setinggi terima kasih di atas sumbangan bantuan yang dihulurkan kepada keluarganya terutama yuran pengajian anaknya itu.
Sementara itu, Dayang Norhashimah ketika ditemui wakil PELITA BRUNEI turut mengucapkan jutaan penghargaan serta menjunjung kasih kepada pihak Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia melalui MUIB kerana dengan bantuan itu beliau dapat melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi lagi seperti yang dicita-citakannya.
Pelita Brunei